Orang ramai dinasihat tidak guna atau beli ubat 'Majun Burung Unta’
![]() |
Gambar Hiasan |
Label pada produk itu menyatakan ia boleh digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit
luhur, segugut dan awet muda.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan dan radang yang serius.
"Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata).
Beliau berkata, penggunaannya lebih berbahaya kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.
Justeru, orang ramai sedang menggunakan produk itu adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan.
KOSMO
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment