Jenis Dan Kenali Puting Wanita.

Posted by Unknown

Ramai di kalangan wanita tidak mengetahui jenis-jenis puting payudara mereka sendiri. Setiap wanita mempunyai puting yang berbeza dan berlainan bentuk. Mari kita baca di bawah jenis-jenis dan bentuknya.

Kebiasaannnya antara puting kanan dan kiri, jarang ada yang benar-benar sama saiz dan bentuknya. 
 
Bercakap soal puting payudara, menurut kajian, di dunia ini ada beberapa jenis puting payudara. Seperti dikutip dari Jezebel.com, inilah secara garis besar bentuk puting payudara yang dimiliki wanita. 
 
 
Puting payudara normal 
 
Ciri-cirinya adalah puting terletak beberapa milimeter dari areola (kawasan yang melingkari puting). Puting ini akan berubah keras dan tegang ketika ada rangsangan. 
 
 
Puting payudara flat 
 
Puting payudara berbentuk flat sebenarnya masih termasuk puting biasa, bahagian puting agak masuk ke dalam payudara. Dan biasanya tidak menonjol keluar sekalipun ada rangsangan. 
 
Di beberapa kes, puting jenis ini akan keluar saat menyusui. 
 
 
Puting payudara puffy 
 
Puffy artinya gemuk dan berisi, dan kelihatan menonjol serta ukurannya agak besar. Namun, puting jenis puffy ini bermakna bahagian areolanya yang jauh lebih gemuk dan berisi. 
 
 
Puting payudara inverted 
 
Inverted atau disebut juga terbalik, yang artinya dia masuk ke dalam. Puting jenis ini dibahagikan lagi menjadi tiga jenis. 
 
A. Yang boleh keluar dengan normal apabila ada rangsangan atau saat menyusui. 
 
B. Yang boleh ditarik keluar melalui operasi 
 
C. Yang tidak boleh ditarik keluar sekalipun telah menjalani pembedahan. Umumnya pada kes ini akan dibuat puting baru dengan cara operasi. 
 
 
Lihat gambar berikut untuk mencari tahu apakah jenis puting payudara anda tergolong normal atau tidak.


Ini hanyalah informasi bagi setiap wanita untuk mengenalpasti bentuk dan rupa puting payudara mereka.

Continue Reading

Port Dickson dilanda ' Belalai Air'

Posted by Unknown

Port Dickson dilanda ' Belalai Air'
Gambar Dari MyMetro
Port Dickson: Fenomena angin puting beliung kecil di permukaan laut atau dikenali sebagai belalai air yang berlaku di perairan Pantai Batu 2, di sini, semalam, bukan saja menggemparkan penduduk bandar ini, malah turut menjejaskan aktiviti nelayan setempat.
Beberapa penduduk ditemui mengakui terkejut menyaksikan fenomena itu pada jam 9.30 pagi, namun bersyukur kerana ia hanya berlaku di kawasan laut.
Begitupun, beberapa nelayan setempat mengeluh kerana kebanyakan mereka yang sedang melabuhkan pukat di tengah laut terpaksa berpatah balik kerana bimbang dipukul ribut.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Port Dickson Mohd Nor Sulaiman, 30, berkata, ketika kejadian dia dan bapa saudaranya, Awaludin Buyung, 53, sedang menunggu hasil tangkapan laut berhampiran Pulau Arang satu batu nautika dari Pangkalan Nelayan Port Dickson, di sini, sejak jam 7 pagi.
Katanya, tiba-tiba satu pusaran angin berlaku di permukaan laut dan menghasilkan puting beliung selebar 4.6 meter tidak jauh dari mereka menyebabkan kedua-duanya terpaksa bergegas pulang ke pangkalan kerana bimbang menjadi mangsa.

“Kami terkejut dan segera berkemas untuk pulang. Walaupun terkilan tidak dapat mencari rezeki hari ini (semalam), namun bersyukur kerana selamat pulang ke jeti. Biasanya kami dapat hampir RM200 sehari melalui jualan hasil laut,” katanya yang sudah menjadi nelayan selama 15 tahun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) Jabatan Meteorologi Malaysia Alwi Bahari berkata, puting beliung kecil itu akan berlaku jika ada ribut petir.

Katanya, fenomena pusaran angin yang terbentuk di permukaan air sering berlaku di kawasan iklim tropika.

Continue Reading

Perbezaan Antara Janda Dan Gadis.

Posted by Unknown

Gambar Hiasan

Bagaimana untuk menentukan seorang wanita itu gadis atau janda mengikut hukum Syarak? Dalam kitab Al-Mughni (Imam Ibnu Qudamah), dijelaskan seperti berikut:

1. Menurut mazhab Imam Ahmad dan Syafie. Janda ialah wanita yang telah disetubuhi difarajnya sama ada dengan persetubuhan yang halal atau haram. Namun, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat, Wanita yang disetubuhi secara tidak halal, hukumnya masih wanita gadis.

2. Jika selaput dara hilang kerana sebab lain dari jimak seperti kerana terjatuh, darah haid terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya, maka hukumnya masih hukum dara/gadis.

3. Jika sesorang wanita disetubuhi di duburnya, status tidak berubah menjadi janda dan tidak tertakluk dengan hukum wanita janda kerana persetubuhan tidak berlaku pada farajnya.

Dalam kitab Kifayatul-Akhyar (Kitab Fiqh mazhab Syafie), pengarangnya menjelaskan, "Janda ialah wanita yang telah hilang selaput daranya melalui persetubuhan sama ada halal, syubhah ataupun zina.

Adapun jika hilang dara kerana terjatuh, menusuknya dengan jari, kuatnya darah haid atau terlalu lama membujang (tidak berkahwin), maka mengikut pandangan yang sahih, hukumnya masih seperti dara/gadis.

Jika hilang selaput daranya kerana persetubuhan yang dipaksa atau disetubuhi ketika tidur mahupun wanita gila (yang disetubuhi), maka hukumnya seperti janda mengikut pandangan yang terkuat.

Ada juga pandangan berkata, "Hukumnya masih seperti gadis. Jika seorang wanita dijadikan tanpa selaput dara, ia masih dianggap dara/gadis".

Kesimpulannya, mengikut pandangan mazhab Imam Ahmad dan Syafie, wanita yang pernah berzina, ia tidak lagi dianggap gadis. Maka kedudukannya sama seperti janda dalam masalah diatas iaitu wajib diminta keizinannya secara pengakuan mulut sebelum mangahwinkannya.

Adapun mengikut pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, ia masih lagi gadis kerana persetubuhan yang halal (bukan persetubuhan melalui akad nikah yang sah).



SUMBER
Continue Reading

Kad Raya DITEMUI di Lokasi Nahas MH17.

Posted by Unknown

Amat sedih apabila menatap kad raya yang ditemui di lokasi nahas MH17 ini. Kad raya yang dijumpai ini sedikit pun tidak terbakar malah boleh dibaca lagi.

Malah kad itu juga amat jelas untuk dibaca. Walau bagaimanapun kita hanya mampu berdoa semoga ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa-mangsa yang terkorban.

Al-Fatihah.....




Continue Reading

Lelaki India Ketagih Makan Batu-bata.

Posted by Unknown


Seorang lelaki India dari negeri Kerala, selatan negara ini mempunyai diet pemakanan yang pelik apabila dia didapati ketagih makan batu-bata, batu kerikil dan lumpur.

Ajaibnya, lelaki itu, Pakkirappa Hunagundi, 30, mampu makan sehingga tiga kilogram batu dan lumpur pada setiap hari yang didapati dari jalan-jalan.

Hunagundi dilaporkan mula mempunyai selera terhadap objek yang tidak boleh dimakan orang lain ketika usianya baru mencapai 10 tahun.

Sejak dari itu, dia mula menguyah batu dan lumpur yang terdapat pada dinding dan jalan-jalan raya dan mendakwa diet itu langsung tidak mendatangkan sakit buatnya.

Gangguan pemakanan pelik itu dikenali sebagai 'Pica', sejenis ketagihan terhadap bahan-bahan yang tidak mempunyai nilai pemakanan.

Malah dengan keadaan giginya yang masih sempurna, Hunagundi mengenepikan tanggapan bahawa dia harus menghentikan ketagihannya itu.

"Saya telah makan batu bata dan batu kira-kira 20 tahun. Saya suka memakannya dan menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Perkara itu menjadi satu kemestian bagi saya. Saya boleh mengelak daripada makan lauk-pauk, tetapi tidak batu atau lumpur," katanya sebagaimana lapor Mail Online. 

Walaupun ibunya cuba memujuk dia untuk meninggalkan diet pelik itu, namun bagi lelaki tersebut, bahan-bahan binaan mempunyai rasa yang lebih baik berbanding makanan biasa.



Sumber
Continue Reading

Pelajar tingkatan dua meninggal dunia ketika bertadarus al-Quran.

Posted by Unknown


ALOR SETAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Mergong di sini meninggal dunia ketika bertadarus al-Quran di sekolah itu bersama pelajar lain pagi tadi. 

Mangsa Ku Mohammad Iqbal Ku Md Akhir, 14, dari Kampung Alor Buluh, Lorong Liku, Jalan Datuk Kumbar di sini meninggal dunia 7.35 pagi dalam surau sekolah itu. 

Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK Johari Jaafar berkata Mohammad Iqbal sedang bertadarus al-Quran bersama pelajar lain dan tiba-tiba rebah serta tidak sedarkan diri. 

"Sekolah menghubungi ambulans untuk memeriksa Mohammad Iqbal dan disahkan oleh kakitangan perubatan bertugas yang dia telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Johari berkata tadarus al-Quran merupakan rutin harian pelajar sekolah itu sempena bulan Ramadan sebelum memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. 

Abang mangsa, Ku Muhammad Luqman, 22, berkata pihak sekolah menghubungi ayahnya Ku Md Akhir Ku Hamid, 49, memaklumkan perkara itu 7.50 pagi tadi sebelum ibunya Fatimah Ahmad, 51, pergi ke sekolah untuk melihat keadaan adiknya. 

Katanya jenazah adik bongsu daripada lima beradik itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Gelam di sini selepas solat Asar. 
Jenazah mangsa sebelum itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan masih menunggu laporan bedah siasat. 

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya masih menunggu keputusan ujian makmal untuk mengenal pasti punca kematian. - BERNAMA 


Sumber dari ~~~ BHarian
Continue Reading

TANDA KEKUASAAN ALLAH. SUPERMOON DIRAKAM.

Posted by Unknown


Kejadian bulan penuh atau dikenali sebagai ‘Supermoon’ berjaya dirakamkan kelmarin dengan bentuk dan saiz yang luar biasa, lapor Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Menerusi imej yang dirakam, kedudukan bulan itu kelihatan dekat dengan bumi dan bersaiz lebih besar serta lebih cerah daripada biasa.

Menurut NASA, kejadian ‘Supermoon’ akan dilihat berada lebih dekat berhampiran bumi pada 10 Ogos ini.

Fenomena yang sama dijangka juga dapat disaksikan pada 9 September ini.

Bulan dan Bumi yang mempunyai jarak sejauh 356,577 kilometer kali terakhir dilihat berlakunya fenomena ‘Supermoon’ adalah pada tahun 1993, dengan 20 peratus lebih cerah serta 15 peratus lebih besar berbanding saiz bulan biasa. -AP


SUMBER
Continue Reading